Terbaca semalam artikal nie...hmmm macam ader kene mengena dgn diri sendiri....
tapi aku pelik kenapa org kater aku hipokrit???
Mungkin aku tak nampak sisi buruk aku...
Yang aku pelik kenapa org yang kenal aku 6 bulan bleh cakap aku mcm tu....
tapi mcm maner ngan teman aku yang dah 10 thun ang 15 tahun, bila aku tanya dia org kater org tu tak knal ko luar dalam....
emak aku kata org tu sakit hty bila cakap macam tu dengan kita...
aku percaya apa yang mak aku cakap...sebab dia lah org yang pertma kukenal di dunia nie....
hahahaha memang pendengki lah yang cakap aku nie hipokrit....
sebab ibu bapa aku tak penah bohong bila aku tanya pasal diri aku....KESIAN ORG TU....
.
Kita sering menilai seseorang berdasarkan percakapan dan penampilan
mereka.Apakah persepsi kita apabila mendengar ungkapan berikut,
“Pintu bilik
saya sentiasa terbuka.Jika ada masaalah jemputlah.Jangan malu, jangan
segan”?
Biasanya ungkapan sebegini benar benar membuatkan kita rasa selesa dan amat
senang sekali.
Malangnya kadangkala, ia sekadar kata kata untuk menunjukkan sifat luaran
yang ada pada seseorang itu.Dia mengharapkan supaya orang yang mendengarnya
memberikan penilaian dan persepsi yang positif terhadapanya.
Hakikat sebenarnya, apabila kita berjumpa dengannya untuk memberikan
pandangan, pendapat, mengutarakan masaalah, berhujah dan sebagainya, kita akan
di pandang serong,dicuriga,dikatakan bersikap negatif, pembangkang dan
seumpamanya.
Kata kata lain yang kita dengar adalah saperti, “Saya sebenarnya ikhlas”,
“Saya terima dengan hati yang terbuka”, “Kritikan awak itu memang membina”,
“Buat apa saya tipu awak”, “Kejayaan saya adalah kerana sokong semua”, dan
ungkapan lain yang semirip dengannya.Adakah kata kata ini datang dari lubuk hati
yang benar benar ikhlas? Amat menyedihkan jika kata kata ini hanya dijadikan
sebagai pemikat untuk menyedapkan telinga orang yang mendengarnya.Sebaliknya,
lain di mulut lain dihati.
Kata kata manis ini bertujuan untuk menunjukkan bahawa dia memiliki hati budi
yang sangat baik sedangkan hakikatnya tidak saperti yang di ungkapkan.Manusia
bersikap begini kerana hatinya tidak ikhlas berpunca daripada rasa
sombong,ego,bangga diri,hipokrit dan banyak lagi penyakit hati.Kedudukan,
kepentingan politik,kuasa, dan pangkat juga banyak mempengaruhi manusia untuk
bersikap “cakap tak serupa bikin”.
Orang yang bersifat begini jelas menunjukkan dia memiliki salah satu daripada
sifat orang munafiq iaitu berkata kata tetapi dusta saperti hadis Nabi SAW yang
bermaksud:
“Tanda orang munafiq itu ada tiga; apabila berkata kata dia
berdusta,apabila berjanji dia mengingkari dan apabila diberikan amanah dia
mengkhianatinya.” (HR al Bukhari dan Muslim)
Kehidupan harian kita ini memang di kelilingi oleh mereka yang bersifat
begini.Dalam al Quran ada diterangkan bagaimana untuk menghadapi manusia
munafiq.
Kita seharusnya jangan menghiraukan dan menurut kehendak orang yang hipokrit
ini kerana kebergantungan kita semestinya hanya kepada Allah sahaja.Kita tidak
perlu bimbang dengan ancaman mereka dan bertawakal kepada Allah secara
mutlak.Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:
“Dan janganlah kamu menuruti kehendak orang kafir dan munafiq
itu.Janganlah kamu hiraukan celaan mereka dan bertaqwalah kepada Allah.Dan
cukuplah Allah sebagai pelindung (yang menyelamatkan kamu).” (Surah al Ahzab
33:48)
Kita dengan mudah akan menuruti segala kehendak mereka dengan alasan mereka
berkuasa.Kita ini mentimun mereka durian.Digelek kita kena,mengelek pun kita
kena.Kadangkala kita lebih takut kepada mereka berbanding Allah.Kita lebih
tunduk atas perintah mereka dan mengingkari perintah Allah.Ruang yang kita
berikan meningkatkan lagi sifat hipokrit dan keegoan mereka sehinggakan mereka
terlupa kepada kekuasaan Allah.
Ingatlah bahawa kita semestinya takut kepada Allah berbanding takut kepada
manusia.Allah menegaskan dalam al Quran yang bermaksud:
“Wahai Nabi,bertaqwalah kepada Allah dan janganlah kamu menuruti
(keinginan) orang kafir dan munafiq.Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui
lagi Bijaksana.” (Surah al Ahzab 33:1)
Ingatlah bahawa Allah amat membenci orang yang memiliki sifat saperti mana
golongan munafiq, pandai memainkan kata kata manis dihadapan tetapi penuh dengan
kebencian dibelakang.Bagi mereka yang terpaksa bergaul dengan golongan ini,
janganlah rasa takut dan bimbang kerana kebergantungan kita hanya kepada
Allah.
Kita harus berjuang mengutamakan perintah Allah daripada menuruti kehendak
mereka.Sesungguhnya Allah sentiasa bersama dengan mereka yang bertaqwa.