"Zahir kau lihat bukan segala-gala Bibir tersenyum menutup jiwa yang luka Zahir kau lihat hanya antara lapis Mataku sinar bergenang tangis Memang nasib bercinta Kerap terhenti di simpang hidup, rindu dan cahaya Kekasih yang setia Kekasih yang amat sempurna cintanya Biarlah tak siapa yang tahu Gejolak di dunia batinku"
jOM fOlLoW.....
Sabtu, 19 Februari 2011
6ixth Sense-Menyesal.mp3 - 4shared.com - perkongsian dan storan fail dalam talian - muat turun - 6ixth Sense-Menyesal.mp3
Tak pernah ku fahami ertimu padaku
Tak pernah ku mengerti hadirmu untukku
Rasa yang pernah kau bagi
Cinta yang telah kau beri
Setelah ku terjatuh baru ku sedari
Betapa kau kekasih hingga hujung hati
Rasa yang setia menanti
Cinta yang tak akan pergi
Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku
Terlambat ku akui berertinya dirimu
Kerna hanya dirimu sambut cinta
Penawar peritku
Hanya dirimu
Tulus cintaku
Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku
Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku
Terlambat ku akui berertinya dirimu
Kerna hanya dirimu
Sanggup cinta penawar peritku
Sanggup cinta pengusap tangisku
6ixth Sense-Menyesal.mp3 - 4shared.com - perkongsian dan storan fail dalam talian - muat turun - <a href="http://www.4shared.com/audio/I9tznaB_/6ixth_Sense-Menyesal.html" target="_blank">6ixth Sense-Menyesal.mp3</a>
Rindunya.
Si comel nie...buat diri ini tak betah duduk....
hari2 dok mikirkan nyer...dari bercinta, bertunang,sampai dah kawin nie pun tetap sama...
Harap2 sampai bila2 pun still perasan macam nie.
...
love u sangat2......comel lah u nie......geramnya.......nyyyyyyyyyy
Khamis, 17 Februari 2011
Kenapa hARUS Saya
Kenapa harus begini?
Apa salah saya?Kenapa rasa nak marahkkan saya?Saya sayang semuanya
Saya rasa saya memang tak layak untuk 'family' awak.
Kalau yer pun saya nie tak sesuai kenapa tak dari dulu jer awak halang saya dengan dia?Kenapa dah macam nie baru terasa saya tak sesuai dengan dia.
Saya dah buat sehabis baik yang saya mampu tapi masih lagi saya rasa diperkecilkkan. Saya tahu semua mahu yang terbaik untuk dia, begitu juga saya. Mungkin saya tak sekaya kamu semua dan tak setanding kamu semua tapi saya ada hati dan perasaan. Saya manusia biasa. Saya harap semuanya dapat menerima saya. kerana saya dah menjadi sebahagian dari dia.
Kalau iya pun kamu tak suka saya, kamu layak membenci saya tapi kamu tak layak untuk membuang dia dari hidup kamu.Sebab dia amanah ALLAH yang kamu minta dulu.
Hari last matt....hahahahah
Rabu, 16 Februari 2011
my sweet memory
Thanks for my family, my fren and my true love, Of course my husbant.
Pic nie dari kechik aka Fadilla. thanks a lot.
hehehe comel lah...mcam saya.
For razak. Sory sangat mu nyer power point present for me tak leh kamik nak paparkan kat sini.
huhhu jangan ambik hati yer.hahahahaha
Present nie dari Matthew tapi makcik seorang nie plak terlebih sudah. Pantang klik, snap terus SMILEEEEEEE...HAHAHAHAHAHA.
Wht ever thanks matt nnti birth ko aku wat2 lupa lak.( jangan marah)
Khamis, 10 Februari 2011
WRP 4959
YA ALLAH….janganlah kau kurangkkan PAHALA aku pada pagi yang hening…..
Tolonglah…orang yang menaiki kereta HONDA ACCORD “berflatkan” WRP 4959
Tolonglah berprihatin sikit kepada penunggang perempuan….
Kalau pasal awak tak nak lewat ke tempat kerja tetapi orang lain yang kemalangan. Awak nak beri jaminan apa????Kalau orang eksident????pendek akal betul ler....
Aper ingat kereta awak besar, awak boleh hon orang sesuka hati…..buta ke hapa ntah mata awak tu…kan tgah jem…paham2 jer lah….nak katakana bodoh….pakai kereta orang pandai….sayang2….
Rabu, 9 Februari 2011
Night Shopping
Nie lah macam orang ape jer yang tudung hitam merah.Pantang KLIK....sempat posing....
Malam tu g PASAR KARAT. Teman makcik nie pergi beli baju dinner....Fuh...memeang best teman dier nie...tgok duit dier habis melabur kat maner aje...hehehehehe
Abg sayang dier tetap support separuh hahahahha....KOPAK LAH WE DUIT MU......
Kalau belanja memang tak ingat dunia.
aku pun tumpang lah sekaki....
BTW....thanks a lot for selendang....very nice....
kalau ader duit bolehlah belanja kami lagi....
Selasa, 8 Februari 2011
Sedih bila melihat wanita sering dilakukan sebegini…manalah naluri seorg manusia.
Campak mangsa rogol tepi jalan
Oleh Mohd Nur Asnawi Daudasnawi@hmetro.com.my
PARAH...Hamdan menunjukkan gambar mangsa.
SEREMBAN: Sungguh menyayat hati apabila seorang wanita yang dipercayai menjadi mangsa rogol dan belasahan ditinggalkan dalam keadaan koma di persimpangan lampu isyarat di Pekan Lukut, Port Dickson, petang Jumaat lalu.
Mangsa berusia 20-an dipercayai warga tempatan hingga kini masih kritikal dan bergantung alat bantuan pernafasan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) selepas dirujuk dari Hospital Port Dickson (HPD).
Ketika ditemui kira-kira jam 6.35 petang Jumaat lalu, mangsa tidak memiliki identiti pengenalan diri, sekali gus menyukarkan polis untuk mengesan warisnya. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan, Asisten Komisioner Hamdan Majid, berkata kejadian menimpa wanita berkenaan hanya disedari apabila orang awam yang menemui mangsa terbaring di persimpangan lampu isyarat lalu menghubungi pihak hospital.
Menurutnya, mangsa dihantar mendapatkan rawatan di HPD sebelum dirujuk ke HTJS kerana parah. “Hasil pemeriksaan mendapati wanita itu mempunyai kesan keretakan di belakang kepala dipercayai dipukul menggunakan objek tumpul selain cedera pada kedua-dua lutut serta siku akibat diseret dan keadaannya kini dilaporkan stabil. “Berikutan itu, polis tidak menolak kemungkinan wanita itu dirogol berdasarkan beberapa elemen yang ditemui,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan di sini, semalam. Katanya, ketika ditemui, wanita itu memakai baju-T merah jambu dan jean pendek selain memakai gelang tangan manik. “Berdasarkan siasatan awal, mangsa dipercayai diserang lebih daripada seorang suspek dan siasatan lanjut masih dijalankan. “Kami juga masih mengesan identiti wanita itu dan percaya dia rakyat tempatan berdasarkan suntikan BCG pada bahu kirinya,” katanya. Menurutnya, setakat ini belum ada sesiapa tampil bagi mencari ahli keluarga mereka yang hilang dan polis sudah melakukan semakan di negeri ini, namun tidak menerima laporan kehilangan wanita dalam tempoh terdekat ini. “Polis juga melakukan gerakan bagi mengesan suspek yang meninggalkan wanita berkenaan bagi membantu siasatan. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol,” katanya. Katanya, polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat atau kehilangan ahli keluarga supaya tampil bagi membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson di talian 06-6462999 atau balai polis berhampiran.
Dapat tidak kita bayangkan apaakan terjadi kalau berlaku pada keluarga kita?
Walaupun dia bersalah itu bukan bermakna kita boleh buat sesuka hati dan membuat hukuman sendiri kepada sesame insan.