Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

wan nur adaweeyah

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Ahad, 13 November 2011

Kenapa Dia Lagi.....................

Kenapa harus dia lagi jadi penganggu antara kita???
sedangkan dia telah berjanji padaku yang dia tidak akan menggangu kita sekeluarga,,,,
Dan mengapa harus dirimu mengatakan bahawa dia hanya mengambil berat pasal diriku....sedangkan aku tak perlu itu dari dia....
Siapa dia????kawan ku????sedara ku???adik beradiku?? BUKAN!!!!!!!!
Dia bukan siapa2 ku dan tak perlulah dia mengambil berat ttg diri ku dan keluarga ku....
kerana aku BENCI dia....sampai bila2 aku tidak akan memaafkan nya....
kan sudah ku katakan DIAM tak bererti aku merelakan segalanya......

Aku pelik pada dirimu sayang... mengapa kau masih berhubungan dengan nya....
memang aku tak akan melarang atau marah dirimu berhubung dengan nya...sebab mungkin dirimu telah menjadi kawan padan nya...namun tidak kah kau perasan bahawa isterimu terluka dalam diam....?tidakkah kau cuba untuk tidak membalas setiap sms dari nya....tidak kah kau cuba untuk tidak menerima panggilan daripadanya??? Memang aku diam,,,kerana aku sudah berjanji tidak akan menggangu privasi suami ku...namun hati isteri mana yang mampu menahan perasan setiap kali dirimu menerima panggilan dan sms dari wanita itu di depan ku...apatah lagi tanpa pengetahuan ku....Oh TUHAN besarnya dugaan yang kau berikkan kepada hambamu ini...

Aku tahu dirimu pandai menjaga kelakuan mu....namun ku umpamakan seperti kulat di kaki, andai tak di rawat semakin melaratlah kulat itu...sehinggakan suatu hari akan memakan diri sendiri...begitu juga dalam situasi sekarang ini...andai aku tidak menghalangnya mungkin akan sampai tahap yang kita tak jangkakan...
Adakah aku hanya mampu menangis dan menahan perasaan sahaja...sedangkan hati ini sakit melihat semua ini.....

Untuk yang ku sayang bergelar RAJAKU janganlah sakiti aku lagi...aku tidak mampu untuk menahan perasaan dalam sedu sendiri...
jika dirimu memang menyangi ku.....tinggalkan dia,dan kembalilah padaku dan anakmu...

Ingatlah detik2 petarungan ku bersama dengan ajal, hanya untuk memberikan mu satu hadiah yang berharga dalam perkawinan bergelar anak....andai itu pun tidak cukup untuk menyakinkan mu bahawa aku menyintaimu sepenuh hatimu...
terpulanglah......kunci segalanya ada padamu.....