Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

wan nur adaweeyah

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Sabtu, 10 November 2012

Si comel dipagi hari


Pic nie pagi tadi.....Si comey nie ngan along dier....dier main tudung ummie dier,pastu along dier pakai kan tudung nie kat kepala....
See nie lah jadinya.....
Siap ngan tromper yang comey tu....hahahahaha
pipi tembam........



Tembab kan muka budak nie....mcm ummie dier....

Ader aku kisah kau cakap aku hipokrit?@@@@@#$^$&$*

Terbaca semalam artikal nie...hmmm macam ader kene mengena dgn diri sendiri....
tapi aku pelik kenapa org kater aku hipokrit???
Mungkin aku tak nampak sisi buruk aku...
Yang aku pelik kenapa org yang kenal aku 6 bulan bleh cakap aku mcm tu....
tapi mcm maner ngan teman aku yang dah 10 thun ang 15 tahun, bila aku tanya dia org kater org tu tak knal ko luar  dalam....
emak aku kata org tu sakit hty bila cakap macam tu dengan kita...
aku percaya apa yang mak aku cakap...sebab dia lah org yang pertma kukenal di dunia nie....
hahahaha memang pendengki lah yang cakap aku nie hipokrit....
sebab ibu bapa aku tak penah bohong bila aku tanya pasal diri aku....KESIAN ORG TU....

.



Kita sering menilai seseorang berdasarkan percakapan dan penampilan mereka.Apakah persepsi kita apabila mendengar ungkapan berikut, Pintu bilik saya sentiasa terbuka.Jika ada masaalah jemputlah.Jangan malu, jangan segan”?
Biasanya ungkapan sebegini benar benar membuatkan kita rasa selesa dan amat senang sekali.
Malangnya kadangkala, ia sekadar kata kata untuk menunjukkan sifat luaran yang ada pada seseorang itu.Dia mengharapkan supaya orang yang mendengarnya memberikan penilaian dan persepsi yang positif terhadapanya.
Hakikat sebenarnya, apabila kita berjumpa dengannya untuk memberikan pandangan, pendapat, mengutarakan masaalah, berhujah dan sebagainya, kita akan di pandang serong,dicuriga,dikatakan bersikap negatif, pembangkang dan seumpamanya.
Kata kata lain yang kita dengar adalah saperti, “Saya sebenarnya ikhlas”, “Saya terima dengan hati yang terbuka”, “Kritikan awak itu memang membina”, “Buat apa saya tipu awak”, “Kejayaan saya adalah kerana sokong semua”, dan ungkapan lain yang semirip dengannya.Adakah kata kata ini datang dari lubuk hati yang benar benar ikhlas? Amat menyedihkan jika kata kata ini hanya dijadikan sebagai pemikat untuk menyedapkan telinga orang yang mendengarnya.Sebaliknya, lain di mulut lain dihati.
Kata kata manis ini bertujuan untuk menunjukkan bahawa dia memiliki hati budi yang sangat baik sedangkan hakikatnya tidak saperti yang di ungkapkan.Manusia bersikap begini kerana hatinya tidak ikhlas berpunca daripada rasa sombong,ego,bangga diri,hipokrit dan banyak lagi penyakit hati.Kedudukan, kepentingan politik,kuasa, dan pangkat juga banyak mempengaruhi manusia untuk bersikap “cakap tak serupa bikin”.
Orang yang bersifat begini jelas menunjukkan dia memiliki salah satu daripada sifat orang munafiq iaitu berkata kata tetapi dusta saperti hadis Nabi SAW yang bermaksud:
“Tanda orang munafiq itu ada tiga; apabila berkata kata dia berdusta,apabila berjanji dia mengingkari dan apabila diberikan amanah dia mengkhianatinya.” (HR al Bukhari dan Muslim)
Kehidupan harian kita ini memang di kelilingi oleh mereka yang bersifat begini.Dalam al Quran ada diterangkan bagaimana untuk menghadapi manusia munafiq.
Kita seharusnya jangan menghiraukan dan menurut kehendak orang yang hipokrit ini kerana kebergantungan kita semestinya hanya kepada Allah sahaja.Kita tidak perlu bimbang dengan ancaman mereka dan bertawakal kepada Allah secara mutlak.Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:
“Dan janganlah kamu menuruti kehendak orang kafir dan munafiq itu.Janganlah kamu hiraukan celaan mereka dan bertaqwalah kepada Allah.Dan cukuplah Allah sebagai pelindung (yang menyelamatkan kamu).” (Surah al Ahzab 33:48)
Kita dengan mudah akan menuruti segala kehendak mereka dengan alasan mereka berkuasa.Kita ini mentimun mereka durian.Digelek kita kena,mengelek pun kita kena.Kadangkala kita lebih takut kepada mereka berbanding Allah.Kita lebih tunduk atas perintah mereka dan mengingkari perintah Allah.Ruang yang kita berikan meningkatkan lagi sifat hipokrit dan keegoan mereka sehinggakan mereka terlupa kepada kekuasaan Allah.
Ingatlah bahawa kita semestinya takut kepada Allah berbanding takut kepada manusia.Allah menegaskan dalam al Quran yang bermaksud:
“Wahai Nabi,bertaqwalah kepada Allah dan janganlah kamu menuruti (keinginan) orang kafir dan munafiq.Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui lagi Bijaksana.” (Surah al Ahzab 33:1)
Ingatlah bahawa Allah amat membenci orang yang memiliki sifat saperti mana golongan munafiq, pandai memainkan kata kata manis dihadapan tetapi penuh dengan kebencian dibelakang.Bagi mereka yang terpaksa bergaul dengan golongan ini, janganlah rasa takut dan bimbang kerana kebergantungan kita hanya kepada Allah.
Kita harus berjuang mengutamakan perintah Allah daripada menuruti kehendak mereka.Sesungguhnya Allah sentiasa bersama dengan mereka yang bertaqwa.





Sabtu, 27 Oktober 2012

Excited 1.11.12

Tak sabar nak tunggu tarikh nie.....hmmmmm si comel ummie dah setahun...
Sayang....ummie tak tahu apa hadiah nak bagi pada anak ummie, kerana ummie rasa, ummie masih tak mampu menjadi ummie yang terbaik untuk adaweeyah.


Sayang ummie...
Seandai nya terjadi sesuatu kat ummie, dan ummie nak adaweeyah tahu yang ummie sayang kat adaweeyah..Jangan susahkan walit,Tok Ami, Tok Mi, Atuk,Nenek, Mama Long, Pak Usu dan Kak Long tau...
Ingat yang ummie selalu menyintai adaweeyah,...
Jadi anak yang Solehah....
Rajin sembayang dan membaca Al Quran.
Balas jasa baik orang yang bebudi pada adaweeyah...

Dan sebagai seorang ummie...Ummie cuma mintak adaweeyah sedekahkan Al-Fatihah untuk ummie dan berdoa untuk ummie...kerana doa anak yang solehah dapat membantu ummie diakhiran kelak sayang....
itu yang ummie pinta pada anak ummie yang comel nie.


SELAMAT HARI LAHIR MU YANG PERTAMA...UNTUK PEMATA UMMIE.....

Selasa, 23 Oktober 2012

kih..kih..kih

Tak tahulah apa yg aku pikirkan....
Sebenarnya serabut dengan kerja dan hal rumah tangga nie,...
namun aku rasa...arghhhhhh " GO TO HELL OF THEM...!!!!!!!!!!!!"
Makin di pikirkan makin serabut.
bukan apalah u olsss....
bikin serabut...
lebih baik aku pikir positif???
:-)
boleh tak mcm pi nie.....
hahahaha......

Selasa, 22 Mei 2012

Allah itu Maha Adil.......


Entah kenapa dengan korang nie ek.....
Apa salah aku kat korang nie ek??
Aku penat ngan telatah korang....namun aku tetap diam....
Tak tahu apa yang aku lontarkan kat korang sampai korang buat aku macam nie...?
insyallah andai ada rezeki, dapat lah korang merasa apa yang aku rasa....
Jangan terlalu menganiayai perasaan orang macam nie,.....

Terima kasih lah.....
Aku berdoa semoga ALLAH buka kan pintu hati untuk korang...
kita nie spesis yang sama,....namun kisah berbeza...
hari ini, korang buat aku...entahkan lusa...
orang lain buat korang pulak...
siapa tahu kan....

ALLAH ITU ADIL.....DAN SEADIL ADIL NYA....
Siapa korang nak mengadilli aku andai korang pun sama sahaja....




Khamis, 17 Mei 2012

aNAK uMmI yAnG tErSaYaNg

 saya sayang atuk.......atuk pun sayang weeyah.....

 SELAMAT PAGI UMMIE..........Hadiah untuk ummie...sebuah senyuman yang terindah....

 "mana ummie saya" uhwawawawawa......ummie...ummie....

ummie not be ready lah ummie.....

Jumaat, 11 Mei 2012

Pemata hATI uMMie......






















 mimpi apa ek.........
 zzzzzzz...zzzzzz
 lenamu syang..
 syanggggg
 ratu ummie
 tembam ummie
 dadadadad
 busyuk ummie
 ,,,,,,,,,,,,,,,,
 ..............
 senyumman mu yang menawan....
 sayang anak ummie
Wan Nur Addahweeya......kene namamu sayang...

Jumaat, 27 Januari 2012

SELAMAT ULANG TAHUN SAYANG....

SELAMAT HARI LAHIR SAYANG......
Hari ini isterimu melepaskan segala perasaan yang ada pada satu doa semoga dirimu sentiasa rahmati oleh ALLAH S.W.T.
Maaf tidak bisa jadi isteri yang terbaik buat dirimu.
Berbahagialah kamu dengan apa yang ingin dirimu raih.
Kini aku redha dengan ketentuan ILAHI. Biarlah dia yang disana menentukan takdir hidup ini.
Aku percaya ALLAH tidak akan memberi kan cobaan kepada Hamba tanpa DIA ketahui yang Hambanya boleh menghadapi cobaan itu.


Ku lepaskan cintaku padamu kerana sayang ku padamu.
" BILA KITA CINTAKAN SESEORG KITA SEMAMPU MUNGKIN INGIN MEMBUAT IA TERUS TERSENYUM"
Maka itu aku lepaskan cintaku padamu dengan harapan harap dirimu bahagia hendaknya.
" YA ALLAH... Lindungilah dia dari mala bencana dan terangkanlah jalan hidupnya seperti mana kau menerangi hati Hamba-MU ini.
Inilah pegorbanan cinta yang aku berikan untuk mu sayang....
Semoga dirimu bahagia dengan apa yang kau pilih ini.

 kenapa awak terima cinta saya selepas itu awak hancurkan dan pergi tinggalkan saya macam gitu sahaja

 Awak kata...awak buat yang terbaik untuk saya tapi mengapa saya still menangis dengan perbuatan yang awak lakukan terhadap saya
adakah saya akan terus menunggu cinta dari awak yang permainkan kasih sayang saya?